Dikirim pada 2024-04-02 oleh Pelan Bacaan – April 2024 Memahami Kehendak Allah 3 hari Pernahkah anda keliru tentang kehendak Allah dalam situasi yang tertentu? Pelan 3 hari ini meneroka cara untuk mengetahui kehendak-Nya – kehendak umum-Nya dan kehendak khusus-Nya bagi hidup kita. Jalan Kerajaan 5 hari Allah sedang menjagakan Jemaat-Nya, dan kita perlu melihat gambaran keseluruhan. Ketika keadaan menjadi susah, kita akan tergoda untuk berhenti. Walau bagaimanapun, waktu itu bukanlah masa untuk berhenti. Sertai kami sementara kami belajar bagaimana memahami zaman ini, di samping memperoleh strategi mempertahankan serta memajukan Kerajaan Allah. Doa Bapa Kami 8 hari Sertai J.John dalam kajian lapan hari tentang Doa Bapa Kami, ajaran yang amat mendalam dan berguna oleh Yesus tentang cara kita harus berdoa. Jangan Bimbangkan Apa Pun 3 hari Kebimbangan merupakan pencuri masa, tenaga, dan kedamaian kita. Namun, mengapakah kita berasa bimbang? Dalam renungan 3 hari ini, kami akan mengkaji kebimbangan, mengapa kita berasa bimbang, dan bagaimana menghentikannya. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (April) 30 hari Bahagian 4 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 4 merangkumi kitab Matius dan Ayub.