Dikirim pada 2024-09-30 oleh Pelan Bacaan – Oktober 2024 Kasih Kurnia & Kesyukuran: Hidup Sepenuhnya Dalam Kasih Kurnia-Nya 7 hari Allah telah membuat banyak janji kepada anda, dan Dia bermaksud untuk menepati setiap janji itu. Walau bagaimanapun, dalam dunia sekarang ini, memanglah senang lupa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Renungan 7 hari ini akan menolong anda mengingati kasih kurnia dan berkat-Nya yang kelimpahan melalui kandungan renungan, Firman Allah, dan doa renungan harian. Kajian ini dipetik daripada jurnal renungan 100 Days of Grace & Gratitude oleh Shanna Noel dan Lisa Stilwell. Benih: Apa dan Mengapa 4 hari Benih ada di semua tempat. Kata-kata anda, wang anda, anak anda termasuk anda, diri anda ialah benih! Bagaimanakah benih tersebut berfungsi dan mengapakah ini penting bagi kita? Marilah kita lihat apa yang dikatakan dalam Alkitab dan membongkar bagaimana ini boleh diterapkan dalam hidup kita untuk mendekatkan kita kepada Allah dan tujuan-Nya bagi kita. Menemui Kebenaran Allah Dalam Ribut Kehidupan 10 hari Sebagai orang Kristian, kita tidak lali terhadap masalah di dunia ini. Sebenarnya, Yohanes 16:33 berjanji bahawa anda akan menderita. Jika anda menghadapi ribut kehidupan sekarang ini, renungan ini adalah untuk anda. Pelan ini merupakan peringatan akan harapan yang menolong kita mengharungi ribut kehidupan. Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang pergelutan sekarang ini, pelan ini akan memberikan anda dasar yang akan menolong anda mengharungi dugaan masa depan. Pelayanan Kecemerlangan 3 hari Terdapat banyak sebab untuk mengejar kecemerlangan dalam kerja kita: Kecemerlangan memajukan kerjaya kita, memberikan kita pengaruh, dan boleh membawa kepada peluang berkongsi injil. Namun, seperti yang akan ditunjukkan oleh pelan tiga hari ini, kita harus mengejar kecemerlangan untuk sebab yang jauh lebih penting—kerana kecemerlangan ialah cara yang terbaik untuk mencerminkan sifat Allah dan kasih serta melayani jiran kita sebagaimana kita mengasihi diri melalui kerja pilihan kita. Marilah Baca Alkitab Bersama-sama (Oktober) 31 hari Bahagian 10 daripada siri 12 bahagian, pelan ini membawa komuniti sepanjang Alkitab bersama-sama dalam 365 hari. Jemputlah orang lain untuk menyertai anda setiap kali anda memulakan bahagian yang baru setiap bulan. Siri ini berfungsi dengan baik bersama Alkitab audio—dengarlah dalam kurang daripada 20 minit setiap hari! Setiap bahagian termasuk fasal Perjanjian Lama dan Baru, dengan Mazmur yang dimasukkan dari masa ke masa. Bahagian 10 merangkumi kitab Pengkhotbah, Yohanes, Yeremia, dan Ratapan.