Dikirim pada 2019-06-012021-09-29 oleh Pelan Bacaan – Jun 2019 Yakobus 3 hari Pelan yang mudah ini akan membantu anda melalui kitab Yakobus dan akan menjadi pengajian persendirian mahupun berkumpulan yang baik. Mengejar Kedamaian 7 hari Tearfund mencari pimpinan Allah untuk menjadi suara yang aktif dalam kedamaian, hubungan yang dipulihkan, dan mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di seluruh dunia. Pembacaan 7 hari ini mempunyai tindakan harian untuk memulihkan hubungan anda dan berdoa untuk dunia kita, menggunakan kebijaksanaan yang kaya daripada peribahasa Afrika untuk membantu kita menemukan kedamaian Allah yang sebenar. Prinsip Pengurusan Masa Daripada Firman Allah 6 hari Adakah anda berasa kecewa kerana tiada lebih daripada 24 jam dalam sehari? Ditenggelami bilangan projek dalam senarai tugasan anda? Berasa penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk Firman Allah dan untuk kawan serta keluarga anda? Ini mungkinlah pergumulan yang paling biasa di dunia ini. Berita baiknya adalah Alkitab memberikan prinsip yang jelas untuk menguruskan masa dengan baik. Pelan ini akan menjelaskan Kitab Suci tersebut secara terperinci dan memberikan anda nasihat yang amat praktikal tentang cara menggunakan masa anda yang selebihnya dalam hidup ini! Lebih Baik Bersama 24 hari Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjelaskan bagaimana menjalankan kehidupan berhubungan dengan orang lain.