Dikirim pada 2020-07-012021-10-11 oleh Pelan Bacaan – Julai 2020 Penyangga Jalan: Mengelakkan Kekesalan dalam Kehidupan Anda 5 hari Penyangga jalan dipasang untuk mengelakkan kenderaan kita daripada memasuki kawasan berbahaya atau kawasan larangan. Kita kerap kali tidak melihatnya sehinggga kita memerlukannya—dan ketika itu kita rasa bersyukur kerana adanya penyangga jalan itu. Bagaimana kalau kita mempunyai penyangga jalan dalam hubungan, kewangan, dan kerjaya kita? Apakah rupa penyangga jalan tersebut? Bagaimanakah ia mengelakkan kita daripada kekesalan masa hadapan? Sepanjang lima hari yang seterusnya, marilah menerokai bagaimana memasang penyangga jalan peribadi. Meluangkan Masa untuk Berehat 5 hari Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa pun yang tinggal untuk disumbangkan kepada orang yang dikasihi dan kepada matlamat yang ditetapkan. Marilah menghabiskan masa lima hari seterusnya untuk belajar tentang rehat dan bagaimana kita boleh memasukkan apa yang dipelajari dalam kehidupan kita. Segala Sesuatu yang Baru 5 hari Dalam perjalanan menyelidiki kitab 2 Korintus ini, Segala Sesuatu yang Baru meneliti teologi iman Paulus yang penuh bahaya dan cabaran di dunia ini dan panggilan Allah agar kita menjadi berani. Kelly Minter membantu kita memahami bagaimana perjalanan Kristian kelihatan bercanggahan dengan kecenderungan semula jadi kita, tetapi terbukti jauh lebih baik dan abadi. Dalam pelan bacaan lima hari ini, anda akan meneliti isu-isu seperti: bagaimana bertindak terhadap hubungan yang sukar, mengamanahkan Allah dengan reputasi anda, mengasaskan identiti anda pada Kristus, memahami tujuan penderitaan dan peruntukan Allah dalam penderitaan, dan bagaimana kita harus menjadi cahaya injil bagi dunia. Galatia 3 hari Pelan yang mudah ini akan memimpin anda dalam penelitian kitab Galatia dan merupakan pengajian persendirian atau berkumpulan yang baik.