Dikirim pada 2020-08-012021-10-11 oleh Pelan Bacaan – Ogos 2020 Menemukan Kedamaian 10 hari Adakah anda inginkan kedamaian lagi dalam kehidupan anda? Adakah anda harap ketenangan adalah lebih daripada keinginan sahaja? Anda boleh memperoleh kedamaian sebenar tetapi hanya daripada satu sumber sahaja—Allah. Sertai Dr. Charles Stanley yang menunjukkan kepada anda jalan ke arah ketenangan fikiran yang mengubah kehidupan, memberikan anda alat untuk menyelesaikan kekesalan lalu, menghadapi kerisauan sekarang ini, dan mengurangkan kekhuatiran tentang masa depan. Mengejar Sesuatu yang Tidak Mungkin Tercapai 7 hari Kita semua mengejar sesuatu. Biasanya sesuatu yang tidak dapat dicapai—pekerjaan yang lebih baik, rumah yang lebih selesa, keluarga yang sempurna, penerimaan orang lain. Walau bagaimanapun, tidakkah ini memenatkan? Adakah terdapat cara yang lebih baik? Ketahui dalam Pelan Alkitab Life.Church yang baru ini, bersama-sama siri khutbah Pastor Craig Groeschel, Chasing Carrots. Kepercayaan, Kesibukan, Dan Rehat 4 hari Alkitab memerintah kita untuk bekerja keras, tetapi ia juga memberitahu kita bahawa Allahlah—bukan kita—yang membuahkan hasil melalui kerja kita. Seperti yang akan ditunjukkan oleh pelan empat hari ini, profesional Kristian mesti menerima ketegangan antara “kepercayaan” dan “kesibukan” demi menemukan rehat Sabat yang sebenar. Efesus 3 hari Pelan ringkas ini akan membimbing anda melalui buku Efesus dan bagus untuk pengajian individu ataupun sekumpulan.