Dikirim pada 2020-09-012021-10-11 oleh Pelan Bacaan – September 2020 Berikan Makna kepada Pekerjaan Anda 4 hari Kebanyakan daripada kita menghabiskan 50 peratus daripada masa dewasa kita untuk bekerja. Kita hendak tahu bahawa pekerjaan kita adalah bermakna – bahawa pekerjaan kita itu adalah penting. Namun, tekanan, desakan dan kesusahan membuat kita rasa bahawa kerja adalah sukar – sesuatu yang perlu ditempuhi. Pelan bacaan ini akan membantu anda menyedari kuasa yang anda perlu pilih untuk makna yang positif bagi perkerjaan anda yang berurat berakar dalam iman. Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik Anda 7 hari Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin untuk dimulakan, keberanian untuk berhenti, seseorang untuk diperkasakan, sistem untuk dibina, hubungan untuk dimulakan, dan risiko yang perlu diambil. Musuh Hati 5 hari Sebagaimana hati fizikal yang tidak sihat boleh memusnahkan tubuh anda, hati yang tidak sihat dari segi emosi dan rohani boleh memusnahkan anda dan hubungan anda. Sepanjang lima hari seterusnya, biarlah Andy Stanley membantu anda untuk meneliti diri anda untuk mengesan empat musuh biasa hati — rasa bersalah, kemarahan, ketamakan, dan kecemburuan — dan mengajar anda cara menyingkirkannya. Menghapuskan Batu Kripton Bersama John Bevere 7 hari Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah terdapatnya batu kripton yang mencuri kekuatan anda. Pelan ini akan membantu anda menyingkirkan batu kripton rohani daripada kehidupan anda, supaya anda dapat memenuhi potensi anda yang telah diberikan oleh Allah dan mendakap hidup tanpa batasan.