Mazmur 91 – Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi…

1  
Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi, orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa

2  
dapat berkata kepada-Nya, “Engkaulah pembelaku dan pelindungku. Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu.”

3  
Dia akan melindungi engkau daripada segala bahaya tersembunyi, dan daripada segala penyakit yang membawa maut.

4  
Dia akan menaungi engkau dengan sayap-Nya; engkau akan selamat dalam pemeliharaan-Nya; kesetiaan-Nya akan melindungi dan membela engkau.

5  
Engkau tidak usah takut akan bahaya pada waktu malam, atau serangan mengejut pada waktu siang

6  
atau wabak yang menyerang pada waktu gelap, atau kehancuran yang menimpa pada tengah hari.

7  
Seribu orang mungkin jatuh mati di sisimu, sepuluh ribu orang di sekelilingmu, tetapi engkau tidak akan cedera.

8  
Engkau akan memandang di sekelilingmu dan melihat orang jahat dihukum.

9  
Engkau menjadikan TUHAN pembelamu, Yang Maha Tinggi pelindungmu

10  
oleh itu engkau tidak akan kena bencana, rumahmu tidak akan ditimpa malapetaka.

11  
Allah akan memerintah malaikat-Nya menjaga engkau, untuk melindungi engkau ke mana-mana engkau pergi.

12  
Mereka akan menyambut engkau dengan tangan, supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.

13  
Engkau akan memijak-mijak ular dan singa, singa yang buas dan ular yang berbisa.

14  
Firman Allah, “Orang yang mengasihi Aku akan Kuselamatkan, orang yang mengakui Aku sebagai TUHAN akan Kupeliharakan.

15  
Apabila mereka berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab mereka. Apabila mereka dalam kesusahan, Aku akan menolong mereka. Aku akan menyelamatkan serta menghormati mereka.

16  
Aku akan memberikan umur panjang kepada mereka, Aku akan menyelamatkan mereka.”

Mazmur 91

Pelan Bacaan – Mei 2021

Pelan Bacaan – April 2021

Pelan Bacaan – Mac 2021

Ayat-ayat Alkitab yang popular – Mac 2021 – Tetapi jika mereka berdoa kepada-ku …

Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.


2 TIMOTIUS 1:7

Apabila Aku menahan hujan, atau menyuruh belalang memakan habis tanaman, atau mendatangkan wabak kepada umat-Ku, tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.


2 TAWARIKH 7:13-14

Jangan takut kerana Aku menyertai kamu.Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu.Aku akan menguatkan dan menolong kamu;Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.


YESAYA 41:10

Masuklah ke dalam rumah kamu, hai bangsaku, dan tutuplah pintu. Bersembunyilah seketika, sehingga kemurkaan Allah sudah reda. TUHAN akan datang dari tempat kediaman-Nya di syurga untuk menghukum manusia di bumi kerana dosa mereka. Pembunuhan yang dilakukan secara rahsia di bumi akan terbongkar, dan kubur pun tidak lagi menyembunyikan mereka yang telah dibunuh.


YESAYA 26:20-21

Namun harapanku bangkit kembaliapabila aku teringat akan perkara ini:Kasih TUHAN abadi danrahmat-Nya tidak berkesudahan;selalu baru setiap pagi,sesungguhnya Dia setia!TUHAN sahaja yang aku punyai,oleh itu aku berharap kepada-Nya.


RATAPAN 3:21-24

Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.


YAKOBUS 1:12

Jangan lupa berbuat baik dan saling menolong, kerana perkara itu seperti korban yang menyenangkan hati Allah.


IBRANI 13:16

Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi,orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa,dapat berkata kepada-Nya,“Engkaulah pembelaku dan pelindungku.Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu.”


MAZMUR 91:1-2